D'Ayu Pictures

PERGINYA ROSLAN SALEH PADA JUMAAT YANG MULIA

Hilangnya sebutir permata seni tanah air, seorang pelakon yang sangat mengutamakan tanggungjawab seninya, ROSLAN SALEH, 68 tahun, telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur. Perkara ini disedari sekitar jam 7 pagi tadi di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka.

 

Allahyarham sebelum ini terlantar akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya, yang menyebabkan beliau berhenti dari dunia lakonan. Menurut anak saudaranya, Wan Gegau, seorang pelawak tempatan, beliau meluahkan kesedihan dan redha atas pemergian bapa saudaranya, kerana memahamikesakitan yang telah ditanggung oleh arwah selama ini.

Di sana, Pak Lan akan kembali sihat, tak sakit lagi… Saya redha dan syukur kerana Pak Lan pergi dengan tenang, dan ia berlaku pada hari Jumaat. Allah lebih tahu kenapa Pak Lan dipilih pada hari ini,” ujar Wan Gegau.

Beliau yang baru sahaja menerima berita tersebut terus bergegas ke rumah bapa saudaranya itu untuk memberikan penghormatan terakhir. Allahyarham Roslan Saleh meninggalkan seorang balu, tiga orang anak, dan sepuluh orang cucu.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Ar Rahman, Kampung Rantau Panjang, untuk disolatkan, dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Rantau Panjang selepas solat Jumaat nanti,” ujarnya lagi.

Isteri Allahyarham, Zainun Majid, turut meluahkan kesedihan atas pemergian suami tercinta. Beliau memohon agar seluruh rakyat Malaysia, terutama peminat Allahyarham, mendoakan kesejahteraan untuknya serta dipermudahkan segala urusan pengkebumian nanti.

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *