anda di pentas Antarabangsa
PERKHIDMATAN KAMI
Bersama D’ayu Pictures, setiap cerita akan mendapat sayapnya. Kami bukan hanya menyediakan perkhidmatan pengedaran dan pemasaran filem; kami juga mencipta keajaiban bersama anda, memastikan bahawa dari awal hingga akhir, perjalanan cerita anda dihiasi dengan pendekatan yang penuh integriti, inovatif, dan paling penting, karya anda berjaya dalam dipersembahkan kepada penonton yang lebih luas.”
PENGEDARAN
Pawagam
Kepakaran utama kami adalah membawa karya anda ke layar perak dengan berjaya – daripada proses pemilihan pawagam dengan teliti, sesuai dengan minat penonton untuk setiap filem, kami juga akan menyusun jadual tayangan yang khusus untuk mendapatkan jumlah penonton dan pulangan yang optimum. Pasukan kami amat berdedikasi untuk menguruskannya termasuk logistik dan akan memastikan pelancaran yang lancar dan berkesan.

Kami juga telah mengenal pasti pawagam-pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk membantu anda mengedar dan memasarkan filem atau karya anda seperti berikut:

MALAYSIA
160 Panggung Wayang

SINGAPORE
8 Panggung Wayang

BRUNEI
7 Panggung Wayang
Pengedaran Digital
D’Ayu Pictures juga menawarkan perkhidmatan pengedaran digital, memastikan karya anda dapat diakses melalui berbagai platform digital seperti layanan streaming dan Video On Demand (VOD).
