pengenalan
D’AYU PICTURES SDN BHD adalah sebuah syarikat pengurusan di bawah kerjaya industri kreatif. Pelbagai cabang kesenian diusahakan seperti penerbitan filem dan drama samada di layar perak, skrin televisyen mahupun saluran youtube. Selain itu D’AYU PICTURES turut terbabit dalam bidang muzik apabila menubuhkan D’AYU MUSIC SDN BHD sebagai anak syarikat yang mengendalikan penerbitan lagu serta melahirkan penyanyi muda.
Mengejar sebuah impian memiliki saluran penyiaran sendiri D’AYU PICTURES telah menubuhkan DATV menerusi saluran youtube bagi melatih kakitangan mengendalikan sebuah syarikat penyiaran. Bagi memenuhi tanggungjawab di dalam industri kreatif, Kami turut menerbitkan novel bagi golongan pembaca yang inginkan sebuah cerita segar. Serta turut terlibat mengambil tanggungjawab menganjurkan Anugerah Telenovela Ke-8.
Nilai teras utama kami adalah berkerja seperti satu keluarga, kreatif dan inovatif, jujur serta amanah, sikap profesionalisme tanpa mementingkan diri, berfikiran ke hadapan serta bersedia menjalinkan Kerjasama.
D’ Ayu Pictures Sdn Bhd
“we create your world”
Dengan sebuah VISI besar menjadi polupor utama syarikat tempatan yang menerbitkan filem tempatan dan antarabangsa.
MISI memperkasakan lebih banyak karya untuk diterbitkan agar nama D’AYU PICTURES menjadi sebutan dibibir produksi luar, seterusnya membina jaringan kerjasama antara kedua negara.
OBJEKTIF yang jelas dengan tujuan membawa industri kreatif lebih berdaya saing serta mesej di dalam sesebuah naskah tidak pernah diabaikan demi sebuah tangungjawab sosial terhadap masyarakat
D’AYU PICTURES SDN BHD
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UTAMA
PENCAPAIAN
BUKTI SYARIKAT KAMI ANTARA YANG CEPAT MEMBANGUN DALAM INDUSTRI INI
PENERBITAN
FILEM/DRAMA/DOKUMENTARI
PENERBITAN
LAGU
PENERBITAN
NOVEL
-
PENUBUHAN (01/01/2019)
WE CREATE YOUR WORLD
Kami akan cipta sebuah dunia hiburan yang hebat buat semua dengan memperkasakan lebih banyak bahan karya kreatif untuk diterbitkan dalam membina jaringan penghubung antara produksi dengan penyiar dan juga menyalurkan bahan yang terbaik untuk masyarakat.
Menyediakan platform untuk pengkarya dan penggiat industri kreatif dalam mengimplimentasi karya yang terbaik serta harapan agar setiap penerbitan D’ Ayu Pictures sentiasa berada ditahap optimum selaras dengan kehendak penonton.“SELAMAT MENGEMBARA BERSAMA D’ AYU PICTURES”
Dato’ Rosmarayu Mokhtar
Pengarah Urusan -
TELEMOVIE RTM : MEK BUNGA
TARIKH PENGGAMBARAN : 03.09.2019
TARIKH TAYANGAN : 24.04.2021
SALURAN : TV2 (RTM)
PENGARAH : SHARIDAN POPEYE
LOG LINE :Yati dan Mat Nor bersahabat sejak kecil dan akhirnya bercinta setelah mereka dewasa. Ibu Yati menghadapi masalah dalam perniagaannya. Yati cuba membantu ibunya dengan mempromosikan perniagaan terebut melalui online. Berjayakah Yati menyelesaikan masalah perniagaan ibunya? -
TELEMOVIE RTM : NAJIHA
TARIKH PENGGAMBARAN : 11.11.2019
TARIKH TAYANGAN : 27.09.2021
SALURAN : TV2 (RTM)
PENGARAH : FREOZ KADER
LOG LINE : Mengisahkan tentang Najiha, seorang gadis manis yang berubah setelah kematian bapanya. Trauma dan tekanan hidup dialami oleh Najiha yang menjadi mangsa nafsu bapanya sendiri, akibatnya dia hilang pertimbangan dan fikirannya bercelaru. -
FILEM : PERJALANAN PERTAMA
TARIKH PENGGAMBARAN : 26.01.2020
TARIKH TAYANGAN : 18.10.2022
PENGARAH : ARIEF MALINMUDO
LOG LINE : Mengisahkan Tan bersama cucunya menempuh pelbagai rintangan semasa dalam perjalanan menghantar sebuah lukisan yang ditempah sebagai mas kahwin -
26/01/2020
FILEM : DADDYKU GANGSTER
TARIKH PENGGAMBARAN : 05.03.2020
TARIKH TAYANGAN : 01.12.2022
PENGARAH : ISMAIL BOB HASHIM
LOG LINE : Ray adalah ketua kumpulan yang gemar mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya telah menerima amanat menjaga dua orang anak saudaranya iaitu anak kepada abangnya yang baru meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. -
TELEMOVIE RTM : DIPANGKUANKU
TARIKH PENGGAMBARAN : 11.11.2020
TARIKH TAYANGAN : 9.07.2022
SALURAN : TV1 (RTM)
PENGARAH : BADE HJ AZMI
LOG LINE : Kisah seorang kanak-kanak yang ingin menjadi seorang bomba namun tidak kesampaian apabila dia menghidap penyakit akibat dari perbuatan ayahnya. -
FILEM : HARUM MALAM
TARIKH PENGGAMBARAN : 20.11.2020
TARIKH TAYANGAN : 09.02.2023
PENGARAH : DAIN SAID
LOG LINE : Iqbal yang berada dalam konflik antara realiti dan fantasi setelah dia mendapat kebolehan seperti arwah ibunya untuk melihat benda ghaib. Iqbal juga menjadi orang perantara serta merungkai kejadian misteri yang berlaku disekelilingnya. -
FILEM : WARUGA
TARIKH PENGGAMBARAN : 22.03.2021
TARIKH TAYANGAN : T.B.C
PENGARAH : AZAROMI GHOZALI
LOG LINE : Mengisahkan Rewan yang ingin melindungi anaknya, yamin akibat daripada kesilapannya menggunakan ilmu hitam yang pada asalnya ingin bangkitkan isterinya yang telah meninggal dunia. Setelah Rewan meninggal, Yamin dan isterinya diganggu sesuatu yang ingin membalas dendam terhadap apa yang Rewan lakukan semasa hayatnya. -
TELEMOVIE RTM : LURUH
TARIKH PENGGAMBARAN : 26.12.2021
TARIKH TAYANGAN : 11.10.2022
SALURAN : TV2 (RTM)
PENGARAH : HASHIM REJAB
LOG LINE : Sofea kecewa kerana ibu bapanya sedang dalam perancangan untuk berpisah. Mereka sekeluarga pulang ke kampung untuk menguruskan harta pusaka dan Sofea. Di kampung itu, Sofea berjumpa dengan pakcik malek dan isterinya. Pertemuan itu, menganggu perasaan Faizal, bapa sofea. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Faizal dari pengetahuan isterinya dan sofea. Sofea rupanya adalah anak kandung kepada Malek dan Rabiah yang telah diserahkan oleh Malek kerana memerlukan wang demi menyelamatkan isterinya satu ketika dahulu. -
Akan Datang
Nantikan filem-filem dan telemovie terbaru yang akan datang bersama D’Ayu Pictures Sdn Bhd
Kenali kami
Pasukan Produksi D' Ayu

AZAROMI GHOZALI
PENERBIT EKSEKUTIF

DATO’ ROSMARAYU MOKHTAR
PENGARAH URUSAN / PENERBIT

PUAN AIN TALIB
SETIAUSAHA

DATO’ ROSMARAYU MOKHTAR
PENGARAH URUSAN / PENERBIT

AZAROMI GHOZALI
PENERBIT EKSEKUTIF

PUAN AIN TALIB
SETIAUSAHA

QAMARINA
UNIT PENTADBIRAN PRODUKSI

PUAN SYIELA
UNIT AKAUN

MUHAMAD NAZIM
PENGURUS D'AYU MUSIC

KHAIRI RUSLI
EDITOR/GRAPHIC DESIGNER

ZULFADHLI
UNIT KANDUNGAN KRETIF

ZAHRIN ISHAK
PENASIHAT UNDANG-UNDANG