D'Ayu Pictures

RAYA EMAS : SALAKO SACRED TREASURE

 

Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur – Tayangan perdana “Raya Emas – Salako Sacred Treasure” di Malaysia telah mencapai kejayaan besar, bukan sahaja memikat penonton dengan visual yang memukau, jalan cerita yang menarik, dan lakon layar yang kuat, tetapi juga memberi sorotan yang kuat kepada potensi pelancongan luar biasa Sarawak.

 

Tayangan perdana pada 24 Mac, yang dihadiri oleh ahli pelakon Winson Voon, Dunstun Luther Junior, Nina KSC, Marc Benjamin juga turut dihaidiri oleh tetamu Khas iaitu Finas Timbalan Pengerusi En Noor Azam Shair. Penerbit Eksekutif, Winson Voon berkata, filem Raya Emas – Salako Sacred Treasure bukan sekadar, tetapi turut memaparkan keindahan sinematik dan tradisi masyarakat Salako di Sarawak.

 

“Pada sama sama, saya ingin menyatakan penghargaan yang mendalam terhadap sokongan pihak Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, menekankan peranan penting kementerian dalam merealisasikan projek ini.“Malah, pihak kementerian juga menekankan potensi filem ini untuk menarik pelancong antarabangsa dengan mempamerkan tarikan unik Sarawak kepada tontonan global,” ujarnya.

Jelasnya, dengan usaha sama berkenaan, ia berpotensi untuk menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama untuk pengeluaran filem antarabangsa dan seterusnya,mengukuhkan sektor pelancongan,” ujarnya. Raya Emas – Salako Sacred Treasure menggabungkan kisah Zul (lakonan Penerbit Eksekutif, saudara Winson Voon), seorang bapa yang terdesak; Ansamah (lakonan Dunstun Luther), seorang anak angkat yang berusaha membuktikan nilainya sebagai penjaga pelindung Salako, Raya Emas; dan sekumpulan penjelajah muda yang diketuai oleh Diana (lakonan Ahirine Ahirudin), seorang gadis dengan kebolehan meramal yang luar biasa.

 

Sekitar Majlis Tayangan Perdana Filem “Raya Emas – Salako Sacred Treasure”

 

Menurut Winson, penggambaran filem ini menempatkan (80%) rakaman yang memukau di landskap indah di Lundu, Sarawak, “Raya Emas – Salako Sacred Treasure” membawa penonton ke dalam hati hutan hujan Borneo.

Selain itu, ujarnya lagi filem tersebut yang menampilkan (90%) pelakon dari Sarawak, berfungsi sebagai platform yang kuat untuk mempamerkan bakat tempatan dan memperkukuhkan industri filem tempatan.

Walaupun jalan cerita filem ini tentang ‘Raya Emas’ iaitu sejenis bunga emas dengan kuasa penyembuhan luar biasa adalah kisah fiksyen, filem ini menggambarkan autentik budaya dan tradisi masyarakat Salako yang memberikan pandangan unik kepada Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan.

 

“Dengan menyokong filem seperti ini, kita bersama-sama melabur dalam masa depan pelancongan Sarawak dan memupuk pertumbuhan ekonomi dalam negeri ini. Filem ini bertujuan untuk meletakkan Sarawak sebagai pilihan utama untuk pengeluaran filem dan destinasi wajib dilawati bagi para pelancong di seluruh dunia,” ujarnya.

 

Poster rasmi filem “Dajal – Satu Malam Dipedajal”

 

“Raya Emas – Salako Sacred Treasure” adalah usaha kerjasama yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, diterbit dan dipersembahkan oleh Tinytune Production, terbitan bersama Filmmaker Studio dan Sky Picture, serta produksi daripada Filmforce Studio.

 

Raikan Raya ini dengan pengalaman sinematik! Rasai keajaiban “Raya Emas – Salako Sacred Treasure” di pawagam seluruh negara bermula 3 April dan temui keindahan warisan Sarawak. Sokongan anda menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan industri pelancongan dan filem Sarawak.

 

PELAKON

 

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *