D'Ayu Pictures

DAJAL : SATU MALAM DIPEDAJAL

Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur – Majlis Malam Gala Filem Dajal (Satu Malam Dipedajal) disambut meriah dengan kehadiran barisan pelakon filem, rakan media, Blogger, Influencer dan para tetamu. Majlis ini digemparkan dengan Tayangan perdana Filem Dajal (Satu Malam Dipedajal) secara EKSKLUSIF buat para tetamu yang hadir pada petang tersebut.

 

Menurut penerbit filem, David Teo Filem Dajal (Satu Malam Dipedajal) merupakan satu naskah yang menunjukkan kekuatan sebenar Pierre Andre dimana ia merupakan naskah 100% tulisan Pierre Andre. Filem ini merupakan filem bergenre thriller dan ia merupakan sebuah genre yang baru sepanjang terbitan Metrowealth. Filem ini menyajikan sesuatu yang baru dan fresh untuk tontonan penonton nanti.

 

Sekitar Majlis Tayangan Perdana Filem “Dajal – Satu Malam Dipedajal”

 

Sebagai makluman, Filem Dajal (Satu Malam Dipedajal) arahan Pierre Andre ini mempertaruhkan barisan pelakon utama yang cukup hebat iaitu Amir Nafis serta pempengaruh terkenal iaitu Bidin Al Zaifa. Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh, Khatijah Tan, Jay Iswazir, Jaja Iliyes, Dai Syed, Hanna Halim, Dai Fuad dan Arfa Danish.

 

Filem ini mengisahkan tentang 2 pekerja Post Traumatic Cleaner yang terperangkap secara mistik di dalam sebuah banglo apabila salah seorang daripada mereka membaca sebuah buku ritual lama ketika kerja pembersihan dijalankan. Filem Dajal (Satu Malam Dipedajal) bakal menemui penonton pada 6 Februari 2025 di pawagam seluruh Malaysia.

 

Poster rasmi filem “Dajal – Satu Malam Dipedajal”

 

Dalam perkembangan lain, Sebuah filem baru terbitan Laku Pictures dan edaran Metrowealth dijangka ditayangkan tengah tahun ini. Filem ini merupakan filem ke-153 terbitan Metrowealth.

 

PELAKON

 

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *