IMPAK MAKSIMA 2 (Kembali dengan aksi yang lebih menggegarkan)
Sequel filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2007 akan mengulangi sejarah bermula 17 Julai 2025. Filem Impak Maksima 2 kali ini tampil dengan aksi yang lebih mendebar dan menggegarkan. Filem terbitan Screen Studio Sdn Bhd arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini menampilkan hampir 1000 buah kereta pelbagai jenis yang pasti membuatkan peminat sukan permotoran terutamanya kereta tak sabar untuk menanti filem ini ditayangkan.

Aksi bakal meledak – Impak Maksima 2.
Filem Impak Maksima 2 menampilkan barisan pelakon lama digandingkan dengan pelakon baru yang sedang bersinar dan meningkat naik. Antaranya, Zul Huzaimy, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Opie Zamie bergandingan dengan Arfie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey, Riena Amirah, Man Raja Lawak dan ramai lagi. Penggambaran telah berlangsung di sekitar Lembah Klang, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Antara aksi yang bakal ditayangkan di pawagam 17 Julai ini
Sokongan padu yang diterima dari para penaja seperti Goodyear, Petronas Syntium, APD Crew Circuit, Tatabaum Autowerks, Ultra Racing, WrapXpert, Works Engineering, HJC Helmet mencerminkan keyakinan mereka terhadap filem Impak Maksima 2 ini. Tidak dilupakan sokongan yang tidak berbelah bagi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang telah banyak membantu melancarkan penggambaran.
Director bersama crew penggambaran dan yang terlibat dalam Filem ini
Cabaran utama dalam penerbitan Impak Maksima 2 adalah memastikan filem ini tampil lebih hebat, segar dan mengujakan berbanding karya terdahulu yang ditayangkan pada tahun 2007. Sepanjang proses penggambaran, filem ini telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila menjadi antara topik paling tular di platform media sosial.
Pendekatan promosi yang lebih berani dan strategik jelas membuahkan hasil serta menunjukkan keberkesanannya. Usaha promosi ini akan diteruskan secara konsisten sehingga tarikh tayangan filem nanti.
Penerbit dan Pengarah berharap agar Impak Maksima 2 terus menerima sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat, terutamanya pencinta filem tempatan dan para peminat dunia permotoran.
Nantikan Impak Maksima 2 di pawagam 17 Julai ini.

Official Poster Impak Maksima 2
OFFICIAL TRAILER IMPAK MAKSIMA 2