D'Ayu Pictures

“BISIKAN PONTIANAK” BAKAL MEMBAWA PENONTON MENYELAMI KISAH SERAM PENUH MISTERI DAN RAHSIA WARISAN LAMA

 

 

Kuala Lumpur, Ogos 2026 – Penonton bakal disajikan dengan sebuah karya seram penuh misteri  menerusi BISIKAN PONTIANAK, sebuah A Unifi TV Original yang akan ditayangkan menerusi Unifi  TV, Saluran DEGUP mulai 31 Ogos 2026. Diterbitkan oleh Golden Adventure Creative Sdn Bhd,  Bisikan Pontianak merupakan sebuah karya bergenre horror yang menggabungkan elemen  seram, misteri dan konflik kekeluargaan. Filem ini diarahkan oleh Faizul A. Rashid, manakala skrip  ditulis oleh Sophilea. 

 

Bisikan Pontianak mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terikat dengan rahsia lama  akibat sebuah perjanjian dengan makhluk ghaib yang diwarisi turun-temurun. Kisah bermula  apabila sebuah kampung terpencil mula diganggu dengan kejadian misteri termasuk bunyi tangisan pada waktu malam, kematian penuh tanda tanya serta kemunculan kelibat  pontianak yang menghantui penduduk kampung. 

 

 

Segala gangguan tersebut membawa kepada sebuah rumah kayu lama milik Suraya, seorang  wanita yang tinggal bersama anak-anaknya selepas ditinggalkan oleh suaminya, Arfan.  Apabila Arfan kembali selepas bertahun-tahun menghilang, rahsia lama yang selama ini  tersembunyi mula terbongkar. 

 

BARISAN PELAKON TELEFILEM BISIKAN PONTIANAK

 

BARISAN PELAKON BERBAKAT 

Bisikan Pontianak menampilkan barisan pelakon hebat tanah air : 

  • Diana Danielle sebagai Suraya 
  • Nadia Brian sebagai Mimi 
  • Datuk Remy Ishak sebagai Arfan 
  • Kazar Saisi sebagai Ustaz Idris 
  • Aziz M. Osman sebagai Jalil 
  • Merah Muhaimin sebagai Adam 
  • Riezman Khuzaimi sebagai Bomoh 
  • Wafariena sebagai Ayu 
  • Nur Falisha Naira sebagai Wana

 

MAJLIS TAYANGAN PERDANA & SIDANG MEDIA BISIKAN PONTIANAK 

Bagi meraikan pelancaran karya ini, Majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media Bisikan  Pontianak akan berlangsung seperti berikut: 

Tarikh : 20 Ogos 2026 (Khamis) 

Masa : 7.30 malam – 11.00 malam 

Lokasi : 10 Star Cinemas, Empire City, Petaling Jaya, Selangor 

Majlis ini akan menghimpunkan pihak produksi, barisan pelakon, rakan media serta jemputan  khas bagi menyaksikan tayangan perdana Bisikan Pontianak sebelum ia menemui penonton  menerusi Unifi TV.

 

SEBUAH KARYA SERAM DENGAN SENTUHAN MISTERI DAN DRAMA KELUARGA Selain menampilkan elemen seram yang mendebarkan, Bisikan Pontianak turut membawa  tema berkaitan hubungan keluarga, rahsia masa lalu serta perjuangan untuk memutuskan  kitaran sumpahan yang diwarisi. 

Dengan arahan Faizul A. Rashid dan sokongan barisan pelakon yang berpengalaman, filem ini  dijangka memberikan pengalaman tontonan yang penuh debaran kepada peminat genre  seram tempatan. 

 

MAKLUMAT FILEM 

Tajuk : BISIKAN PONTIANAK 

Genre : Horror 

Pengarah : Faizul A. Rashid 

Skrip : Sophilea 

Produksi : Golden Adventure Creative Sdn Bhd 

Platform Tayangan : Unifi TV – Saluran DEGUP 

Tarikh Tayangan : 31 Ogos 2026

 

 

 

Official Poster BISIKAN PONTIANAK

 

 

BISIKAN PONTIANAK
#bisikanpontianak

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *