
Selepas 2 tahun come back Uqasha rasa Insecure
PELAKON terkenal Uqasha Senrose, 32 tahun, kembali dalam industri setelah berehat dari dunia lakonan selama 2 tahun kerana dia baru sahaja melahirkan anak pertamanya bersama suaminya Kamal Adli, yang turut dikenali sebagai pelakon tanah air. Nama yang tidak asing ini sentiasa menjadi sebutan peminat dan penonton kerana kecantikan serta keunggulan lakonannya yang berjaya mencuri hati ramai.

MALAM GALA & TAYANGAN FILEM BISIKAN DOSA
Filem Bisikan Dosa yang diarahkan oleh Faizul A. Rashid diterbitkan oleh Yusrych Global Sdn Bhd. Filem seram ini menampilkan Uqasha Senrose sebagai salah satu pelakon utama dengan watak Zara, arwah isteri kepada Ayden, yang dilakonkan oleh Farid Kamal.
Menurut Uqasha, watak Zara mencabar kerana ia merupakan penggerak kepada jalan cerita. Kisah ini berkisar tentang Sarimah yang dihantui roh arwah Zara setelah menjadi pembantu rumah kepada Ayden. Filem ini turut memaparkan pelbagai plot twist yang menarik perhatian penonton.
Uqasha kembali membawa watak seram selepas kejayaannya dalam filem Paku Pontianak. Baginya, kali ini lebih mencabar kerana kurang keyakinan diri.
“A little bit insecure, but I have to play the role as hantu sebab ini come back pertama saya selepas 2 tahun tidak berlakon. Jadi harapan saya semoga semua terima dengan seadannya.”
Solekan khas roh Zara memerlukan masa 2-3 jam untuk disiapkan, yang menjadi cabaran buat Uqasha. “Saya sedikit struggle kerana perlu disolek dengan solekan hantu untuk beberapa saat sahaja. Saya juga perlu berjaga malam untuk anak,” jelasnya.
Untuk memastikan lakonannya memukau, Uqasha mendapatkan jurulatih lakonan. “Saya belajar semula untuk memantapkan lagi lakonan saya,” ujarnya. Filem ini juga mempunyai sekuel dan prekuel, yang menuntut usaha terbaik darinya.
Uqasha mengajak semua penonton menyokong industri filem Malaysia. Filem seram Bisikan Dosa mula ditayangkan di Malaysia, Singapura, dan Brunei pada 9 Januari 2025.