
“NASKHAH KOMEDI SERAM DENGAN SENTUHAN PSIKOLOGI, HUMOR GELAP & KONFLIK DALAM PERSAHABATAN”
Lawak komedi yang pecah perut
Sebagai sebuah karya seram psikologi berunsur komedi, ParaXnormal menawarkan pendekatan segar yang memperkayakan genre seram tempatan. Diterbitkan oleh Nanord Studio Production, filem ini menggabungkan unsur seram, psikologi, komedi gelap dan konflik persahabatan. Penerbitnya, Nurul Ain Nordin berkata, ParaXnormal bukan sekadar paparan kisah makhluk ghaib, sebaliknya menelusuri sisi gelap sifat manusia seperti ketamakkan, dendam, dan pengkhianatan.
Haa sampai tidur dengan tengkorak tau!
Ilham untuk naskhah ini muncul secara tidak dijangka sewaktu sesi perbualan santai bersama sahabat saya, pelakon dan penulis skrip Epy Kodiang yang juga membintangi filem ini. Kami pernah bekerjasama dalam sebuah naskhah seram komedi sebelum ini. Paraxnormal mengangkat kisah empat sahabat karib yang secara tidak sengaja mengalami pelbagai kejadian menyeramkan ketika cuba merompak sebuah villa misteri yang dikatakan berhantu, tetapi menyimpan harta bernilai lebih RM10 juta.
Gabungan pelakon-pelakon yang power untuk buat kita gelak pecah perut
Sebagai penerbit, Ain menaruh harapan agar ParaXnormal, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2025, mendapat sambutan positif daripada penonton serta berdiri sebagai salah satu filem seram tempatan yang mampu meninggalkan kesan mendalam.
Jelasnya, dengan gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang dan generasi, mereka berjaya mencipta keserasian yang begitu luar biasa sehingga menjadikan ParaXnormal sebuah naskhah segar yang berdaya saing serta wajar ditonton di layar perak.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan pembikinan filem tersebut, Ain menjelaskan bahawa pada awalnya ParaXnormal dirancang sebagai sebuah Super Telemovie pada tahun 2023. Namun, setelah menilai kekuatan jalan ceritanya yang penuh potensi dan bernilai komersial, keputusan akhirnya dibuat untuk mengangkat karya ini ke layar perak sebagai sebuah filem penuh.
Sebagai penerbit, Ain menaruh harapan agar ParaXnormal, yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 Ogos 2025, mendapat sambutan positif daripada penonton serta berdiri sebagai salah satu filem seram tempatan yang mampu meninggalkan kesan mendalam.
Jangan lupa saksikan PARAXNORMAL 28 Ogos ini dipawagam berdekatan anda
OFFICIAL TRAILER PARAXNORMAL