D'Ayu Pictures

FILEM MUNAJJIM TERUS HANGAT! PENAYANGAN DILANJUTKAN SEHINGGA MERDEKA!

 

 

LIST-LIST YANG AKAN DITAYANGKAN DI TGV

Sejak ditayangkan pada 31 Julai 2025, Filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd bertajuk Munajjim Sekutu Iblis terus menjadi pilihan utama penonton. Lebih membanggakan, filem ini konsisten berada dalam kelompok TOP 10 MOVIES setiap hujung minggu hingga ke hari ini🫶🏻

Sempena bulan Kemerdekaan, rangkaian pawagam terbesar negara iaitu TGV Cinemas! ingin menghargai sokongan penonton dengan menawarkan harga tiket istimewa RM10 kepada ahli MovieClub TGV. Pada masa yang sama, tayangan Munajjim Sekutu Iblis turut dilanjutkan sehingga Hari Kemerdekaan ke-68.

Langkah ini diyakini mampu memberi peluang lebih ramai penonton menikmati pengalaman menonton sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar. Bagi mereka yang masih belum berkesempatan, inilah masa terbaik untuk membawa keluarga berhibur sempena cuti panjang dan sambutan Merdeka.

Filem ini dibintangi oleh Farid Kamil, Uqasha Senrose, Mustaqim Bahadon, Sherie Merlis, Che Puan Juliana Evans, serta adik Daniel Aqil, dan diarahkan oleh Faizul A. Rashid.

Filem ini mengisahkan amalan dua beranak yang taksub dengan bomoh mengundang padah apabila si anak menggunakan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya yang mengganggu rumah tangga mereka dengan sihir tetapi ilmu hitam itu berpatah balik dan mengancam nyawa mereka sekeluarga.

KLIK LINK DI BAWAH INI UNTUK MEMBELI TIKET FILEM MUNAJJIM DI TGV BERKAITAN

https://www.tgv.com.my/movies/details/munajjim-sekutu-iblis

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *