D'Ayu Pictures

5 BOMOH, 1 MISI: PENCARIAN YANG TAK TERJANGKA! Kalau Semua Jalan Dah Cuba… Bomoh Jadi Pilihan Terakhir?

 

 

Kuala Lumpur, 4 Jun 2026 – Demi mengejar impian atau mencari penyelesaian segera, ada yang sanggup meletakkan harapan kepada perkara yang dianggap mampu mengubah nasib. Namun, sejauh manakah kepercayaan tersebut benar-benar membantu, atau sekadar membuka ruang kepada penipuan yang mengambil kesempatan atas harapan manusia?

 

Berangkat daripada realiti inilah, 5 Bomoh, filem terbaharu arahan Syed Fariz, tampil sebagai sebuah naskhah komedi yang menghiburkan serta membawakan mesej sosial yang dekat dengan kehidupan seharian. Bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026, filem ini mengajak penonton meneliti sebuah fenomena yang sering berlaku dalam masyarakat melalui perspektif yang ringan, menghiburkan dan penuh pengajaran. 

 

 

Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, diedarkan oleh Skop Production Sdn Bhd serta dipasarkan oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Mask Team, 5 Bomoh menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Dato Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaludin, Ungku Hariz, Tiara Rose, Dato Afdlin Shauki, Johan, Amy Search, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty. Gabungan pelakon daripada pelbagai latar belakang ini menjadikan filem ini lebih segar dengan pelbagai ragam dan situasi komedi yang mengundang tawa. 

 

 

5 Bomoh mengisahkan Rashdan (Dato Aaron Aziz), seorang ahli perniagaan yang sejak kecil percaya kepada amalan tahyul dan petua turun-temurun. Berbeza dengan isterinya, Sakinah (Scha Alyahya), yang lebih berpegang kepada ajaran agama serta mempercayai sains, pendidikan dan kekuatan doa dalam menghadapi setiap ujian hidup. 

 

Segalanya berubah apabila anak perempuan mereka, Nisa (Tiara Rose), gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terlalu mendambakan anaknya menjadi individu pertama dalam keluarga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, Rashdan mula panik dan mencari pelbagai cara untuk memastikan impiannya menjadi kenyataan. 

 

Atas cadangan pembantunya, Alam (Ungku Hariz), Rashdan nekad membawa keluarganya menjelajah serata negeri dalam usaha mencari jalan penyelesaian daripada beberapa bomoh yang dikatakan memiliki kuasa luar biasa. Namun, pencarian itu tidak membawa mereka kepada jawapan yang diharapkan. Sebaliknya, mereka berdepan satu demi satu penipuan yang membongkar ketamakan dan manipulasi kepercayaan demi kepentingan peribadi.

 

 

Menurut Syed Fariz, 5 Bomoh bukan sekadar sebuah filem komedi tetapi juga sebuah naskhah yang sarat dengan sindiran sosial yang mengajak penonton melihat realiti masyarakat dengan cara yang lebih santai. “Melalui komedi, kami cuba menyampaikan mesej bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Kadangkala manusia terlalu mudah mempercayai perkara yang menjanjikan hasil segera sehingga lupa bahawa usaha, ilmu dan doa adalah asas sebenar dalam mencapai sesuatu impian. Walaupun disampaikan secara ringan dan menghiburkan, mesej yang dibawakan dalam filem ini sangat dekat dengan kehidupan kita,” 

 

Dalam masa yang sama, 5 Bomoh turut menyentuh tentang hubungan kekeluargaan, tekanan ibu bapa terhadap anak-anak serta kecenderungan orang ramai untuk mencari penyelesaian mudah apabila berdepan cabaran hidup. Dengan gabungan elemen komedi yang segar, pemerhatian terhadap realiti masyarakat dan mesej yang relevan, filem ini menawarkan pengalaman tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga. 

 

 

Official Poster 5 BOMOH

 

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan 5 Bomoh di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun 2026. Bersedialah untuk mengikuti pengembaraan penuh kekecohan 5 Bomoh yang menjanjikan pelbagai keajaiban, tetapi akhirnya membuka mata tentang nilai sebenar usaha, ilmu dan kepercayaan. 

 

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif 5 Bomoh, ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios

 

5 BOMOH
#5bomoh

 

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *