
PENGARAH : AZAROMI GHOZALI
PENERBIT : Dato’ Rosmarayu Mokhtar & Ismar Amieshya Dato’ Ismail
PENULIS : SHARIMAN WAHAB
Pengenalan Watak

Yamin (Zahiril) – Yamin, anak lelaki Rewan yang berumur 28 tahun. Yamin telah diarahkan oleh Rewan untuk meninggalkan kampung dan dilarang pulang supaya dia dapat mengelakkan dirinya dari sumpahan ilmu hitam ayahnya. Yamin yang menyedari perkara ini terpaksa merahsiakan kewujudan ayahnya daripada semua orang termasuk isterinya Ardila.

Ardila (Elvina) – Ardila berumur 27 tahun dan merupakan isteri kepada Yamin. Kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri pada mulanya sangat bahagia, akan tetapi selepas kedatangan seorang lelaki tua (Saka Rewan), yang meminta Yamin pulang ke kampung untuk berjumpa ayahnya yang sedang sakit, telah membuatkan dia tertanya-tanya kerana menurut Yamin, ayahnya telah meninggal dunia. Ardila berkeras untuk berjumpa dengan Rewan tetapi Yamin enggan berbuat demikian. Selepas Rewan disahkan meninggal dunia, mereka pulang ke kampung dan akhirnya mereka menerima banyak masalah. Ardila ialah pewaris keturunan Mihanasa

Anom (Eriza) – Anom, gadis berusia 18 tahun yang dijaga oleh neneknya, Mbah Usu Lijah selepas kematian ibu bapanya sejak berusia 10 tahun. Sebaik neneknya meninggal dunia, Anom kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Rewan. Rewan adalah pelajar Mbah Usu Lijah dalam perubatan tradisional. Anom mempunyai misi tersendiri iaitu menuntut semula buku milik nenek moyangnya yang telah dicuri oleh Rewan.

Rewan (Sahronizam) – Rewan, 60 tahun, merupakan seorang pengamal perubatan tradisional terkenal yang membantu merawat rakan sekampungnya. Selepas kematian isterinya, Rewan mula mempelajari ilmu hitam daripada kitab nenek moyang Mihanasa yang dimiliki oleh Mbah Usu lijah. Rewan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh gurunya asalkan dia boleh memiliki buku itu. Hal ini disebabkan Rewan telah disumpah oleh Mbah Usu Lijah dan seluruh keluarganya tidak akan tenang.

Mbah Usu Lijah (Ruminah Sidek) – Seorang bidan kampung yang mengamalkan perubatan tradisional. Lelaki berusia 80 tahun itu merupakan keturunan suku Mihanasa dan mewarisi kitab ilmu hitam suku tersebut. Buku itu juga mengandungi ilmu menghidupkan jenazah dan menjadi permintaan Rewan yang ingin menghidupkan semula isterinya. Mbah Usu Lijah meninggal dunia kerana dibunuh oleh Rewan dan mewasiatkan Anom untuk menuntut semula buku tersebut.

Sarom (Along) – Seorang mekanik kampung yang telah diamanatkan oleh Rewan untuk membawa madu ke rumahnya. Namun setelah tiba di rumah Rewan, dia terkejut mendengar berita kematian Rewan.