Setiap tahun, Alya yang berusia 15 tahun menyambut hari lahirnya bersama ibunya, Aini yang bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada Alya sejak bapanya meninggal dunia ketika dia baru berusia lapan tahun. Alya dan dua kawan baiknya, Daniel dan Elly, membesar bersama di kawasan kejiranan yang sama. Malangnya, ketenteraman di kawasan kejiranan sering diganggu oleh pengacau Apai, Luk dan Remy. Mereka selalu mengganggu pelajar yang makan di kawasan itu termasuk Alya.
Pada suatu hari, pergaduhan tercetus apabila Apai menyentuh Alya, menyebabkan dia hilang sabar dan membaling semangkuk sup panas kepadanya. Kemudian semasa menunggu bas, Alya diserang oleh Apai dan rakan-rakannya. Mereka mengheretnya ke sebuah bangunan terbiar dan merogolnya. Aini terkejut selepas mengetahui kejadian itu tetapi dia cuba menyembunyikan perasaannya dan kekal kuat untuk anak perempuannya yang trauma. Melihat keperitan ibunya, Alya memutuskan dia mesti bangkit semula dan cuba melupakan apa yang berlaku
6 Feb 2020
Eyra Rahman
Dato Shamsul Mokhtar & Datin Norliza
DA Motion Media