Satu majlis istimewa Majlis Rumah Terbuka D’Ayu Pictures telah diadakan di Country Height Kajang, Selangor, bersempena sambutan Aidilfitri. Majlis ini menghimpunkan rakan industri, wakil media serta tetamu jemputan dalam suasana penuh kemesraan dan tradisi.
Berteraskan konsep Melayu kampung, majlis ini turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan menghargai sokongan semua pihak yang sentiasa bersama D’Ayu Pictures.
