
‘DETIK’ taruhan kedua Angelica Petra
Masih ingatkan kepada penyanyi cilik Angelica Petra yang pernah berduet bersama Mark Adam menerusi lagu SELAMANYA BERSAMA beberapa tahun lepas? Kini penyanyi cilik ini sedang dalam persiapan untuk pelancaran single keduanya bertajuk DETIK yang dicipta oleh guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam.
“Saya melihatkan kelebihan Angelica Petra menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas, dia merupakan pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu” ujar Mark Adam
Menurut Mark lagi sememangnya industri nyanyian di Malaysia perlukan pelapis baharu bagi meneruskan kesinambungan penyanyi sedia ada. Galakan serta dorongan kuat dari ibunya Dato’ Rosmarayu Mokhtar atau dikenali Dato’ Ayu membuatkan Angelica lebih mudah berada dalam industri ini. Semoga citi-citanya untuk menjadi penghibur antarabangsa suatu hari nanti menjadi realiti.
Dato’ Ayu turut menyatakan keterujaannya terhadap perkembangan Angelica yang dianggapnya semakin matang dalam bidang nyanyian serta mempunyai cita-cita yang sangat tinggi.
“Saya gembira melihatkan perkembangan Angelica yang sangat gigih dengan setiap apa yang telah saya sediakan untuknya. Pengalaman pertamanya menerusi lagu SELAMANYA BERSAMA pada usianya 9 tahun telah benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dengan dunia nyanyian. Kini usia Angelica telah mencecah 11 tahun, saya percaya yang dia semakin matang serta semakin faham dengan dunia nyanyian.”
Angelica kini bernaung di bawah syarikat rakaman D’Ayu Muzik yang juga telah pun menyusun jadual muzik tanpa menganggu jadual persekolahannya. Pemilihan lagu kedua ini adalah hasil daripada unit Artis dan Repertoir (A&R) D’Ayu Muzik yang mempunyai perancangan tersendiri terhadap penyanyi cilik ini.
“Saya dipanggil oleh A&R Manager D’Ayu Muzik yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan keluarkan single kedua Angel. Setelah mendengar demo lagu DETIK, saya terus bersetuju dengan lagu tersebut yang kebetulan lebih dekat dengan Angel yang sedang rindukan sahabat karibnya” ujar Dato’Ayu
“Buat masa sekarang sudah berada di fasa akhir sebelum pelancaran lagu DETIK, segala persediaan telah dibuat termasuk dengan muzik video yang telah disiap sepenuhnya.”jelasnya lagi
Angelica Petra juga merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem Harum Malam bersama barisan pelakon lain seperti Bront Palarae, Remy Ishak dan Nadia Nisa. Filem arahan Dain Said berjaya menarik minat pengedar antarabangsa apabila bakal ditayangkan di luar negara. Selain itu Angelica Petra pernah memenangi Bronze Award kategori Best Child Actress di festival Best Actor & Director Award – New York pada tahun 2022 menerusi filem Daddyku Gangster.
Diharap semua teruskan sokongan terhadap Angelica sama ada dalam nyanyian mahu pun lakonan.
jack sparrow
Bila tarikh keluar tu?
Ain
Wahh excitednya.. dah la muka mix.. lagu baru ni mesti sedap..