TVC & KEMPEN - DUTA YUELA GOLD

D’Ayu Pictures telah diberi kepercayaan untuk menerajui penggambaran TVC dan kempen Yuela Gold Ambassador yang menampilkan Mimi Lana sebagai duta jenama. Projek ini merangkumi pembangunan konsep kreatif, penghasilan visual berkualiti tinggi serta penceritaan yang menekankan keanggunan, keyakinan dan nilai eksklusif jenama Yuela Gold. Kolaborasi ini mencerminkan komitmen.

D’Ayu Pictures dalam menghasilkan kandungan pemasaran yang strategik dan berimpak, sekali gus memperkukuh kehadiran serta identiti jenama di platform media dan pasaran sasaran.

TVC - PELANCARAN PRODUK YUELA

D’Ayu Pictures telah diberi kepercayaan untuk menjalankan penggambaran TVC bagi Pelancaran Produk Yuela (Lipcream) yang merangkumi perancangan konsep, penghasilan visual serta suntingan kandungan promosi. Projek ini melibatkan penghasilan beberapa pecahan video dengan durasi dan pendekatan berbeza bagi menyokong kempen pemasaran di pelbagai platform media.

Setiap video direka untuk menonjolkan keunikan produk, tekstur, warna serta identiti jenama Yuela secara lebih menyeluruh dan menarik. Pendekatan ini membolehkan Yuela melaksanakan kempen promosi yang konsisten, dinamik dan berimpak tinggi, selari dengan objektif pelancaran produk dan pengukuhan jenama di pasaran.

D'AYU PICTURES

BULETIN