D’Ayu Pictures telah diberi kepercayaan untuk menjalankan penggambaran TVC bagi Pelancaran Produk Yuela (Lipcream) yang merangkumi perancangan konsep, penghasilan visual serta suntingan kandungan promosi. Projek ini melibatkan penghasilan beberapa pecahan video dengan durasi dan pendekatan berbeza bagi menyokong kempen pemasaran di pelbagai platform media.
Setiap video direka untuk menonjolkan keunikan produk, tekstur, warna serta identiti jenama Yuela secara lebih menyeluruh dan menarik. Pendekatan ini membolehkan Yuela melaksanakan kempen promosi yang konsisten, dinamik dan berimpak tinggi, selari dengan objektif pelancaran produk dan pengukuhan jenama di pasaran.
