LAKNAT hadir ke AEON Mall Rawang pada 24 Mei 2025 untuk sesi Meet & Greet. Program yang berlangsung selama 2 jam memberi peluang kepada pengunjung untuk beramah mesra dengan barisan pelakon filem LAKNAT. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan tayangan trailer secara langsung melalui LED truck, bergambar bersama pelakon, serta menyertai aktiviti menarik dengan hadiah eksklusif.
