Loading...

Pengenalan

D’AYU PICTURES SDN BHD adalah sebuah syarikat pengurusan di bawah kerjaya industri kreatif, Pelbagai cabang kesenian diusahakan seperti penerbitan filem dan drama samada di layar perak, skrin televisyen mahupun saluran youtube. Selain itu, D’AYU PICTURES turut terbabit dalam bidang muzik apabila menubuhkan D’AYU MUSIC SDN BHD sebagai anak syarikat yang mengendalikan penerbitkan lagu serta melahirkan penyanyi muda.

Mengejar sebuah impian memiliki saluran penyiaran sendiri D’AYU PICTURES telah menubuhkan DATV menerusi saluran youtube bagi melatih kakitangan mengendalikan sebuah syarikat penyiaran. Bagi memenuhi tanggungjawab di dalam industri kreatif, kami turut menerbitkan novel bagi golongan pembaca yang inginkan sebuah cerita segar. Serta turut terlibat mengambil tanggungjawab menganjurkan Anugerah Telenovela Ke-8.

Nilai teras utama kami adalah bekerja seperti satu keluarga, kreatif dan inovatif, jujur serta amanah, sikap profesionalisme tanpa mementingkan diri, berfikiran ke hadapan serta bersedia menjalinkan kerjasama.

D’ Ayu Pictures Sdn Bhd

“we create your world”

Dengan sebuah VISI besar menjadi polupor utama syarikat tempatan yang menerbitkan filem tempatan dan antarabangsa.

MISI memperkasakan lebih banyak karya untuk diterbitkan agar nama D’AYU PICTURES menjadi sebuatan dibibir produksi luar, seterusnya membina jaringan kerjasama antara kedua negara.

OBJEKTIF yang jelas dengan tujuan membawa industri kreatif lebih berdaya saing serta mesej di dalam sebuah naskah tidak pernah diabaikan demi sebuah tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

D’AYU PICTURES SDN BHD

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UTAMA

FILEM/DRAMA/DOKUMENTARI

FILEM/DRAMA/DOKUMENTARI

KONSERT/PERTUNJUKAN/PROMOSI

IKLAN/PENJENAMAAN/KEMPEN

MUSIK/KANDUNGAN VIDEO/PODCAST

PENCAPAIAN

BUKTI SYARIKAT KAMI ANTARA YANG CEPAT MEMBANGUN DALAM INDUSTRI INI
16
PENERBITAN

FILEM/DRAMA/DOKUMENTARI

6
PENERBITAN

LAGU

1
PENERBITAN

NOVEL

  1. PENUBUHAN (01/01/2019)

    WE CREATE YOUR WORLD

    Kami akan cipta sebuah dunia hiburan yang hebat buat semua dengan memperkasakan lebih banyak bahan karya kreatif untuk diterbitkan dalam mebina jaringan penghubung antara produksi dengan penyiar dan juga menyalurkan bahan yang terbaik untuk masyarakat.
    Menyediakan platform untuk pengkarya dan penggiat dalam industri kreatif dalam mengimplimentasi karya yang terbaik serta harapan agar setiap penerbitan D’Ayu Pictures sentiasa berada ditahap optimum selaras dengan kehendak penonton.

    “SELAMAT MENGEMBARA BERSAMA D’ AYU PICTURES”
    Dato’ Rosmarayu Mokhtar
    Pengarah Urusan

  2. TELEMOVIE RTM : MEK BUNGA

    TARIKH PENGGAMBARAN : 03.09.2019
    TARIKH TAYANGAN : 24.04.2021
    SALURAN : TV2 (RTM)
    PENGARAH : SHARIDAN POPEYE
    LOG LINE :Yati dan Mat Nor telah berkawan sejak kecil dan akhirnya jatuh cinta apabila dewasa. Ibu Yati menghadapi masalah dalam perniagaannya. Yati cuba membantu ibunya dengan mempromosikan perniagaan tersebut secara dalam talian. Adakah Yati berjaya menyelesaikan masalah perniagaan ibunya?

  3. TELEMOVIE RTM : NAJIHA

    TARIKH PENGGAMBARAN : 11.11.2019
    TARIKH TAYANGAN : 27.09.2021
    SALURAN : TV2 (RTM)
    PENGARAH : FREOZ KADER
    LOG LINE : Mengisahkan tentang Najiha, seorang gadis manis yang berubah selepas kematian ayahnya. Najiha, yang mengalami trauma dan tertekan kerana menjadi mangsa nafsu ayahnya sendiri, kehilangan pertimbangan dan fikirannya menjadi tidak teratur.

  4. DRAMA VIRAL : UNCLE SECURITY

    TARIKH PENGGAMBARAN : 27.11.2019
    TARIKH TAYANGAN : 25 Dec 2019
    PENGARAH : Warna
    LOG LINE: Sebuah drama pendek dengan 4 episod tentang seorang ibu yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan anaknya.

  5. DRAMA VIRAL : PENUNGGU MALAM KLIWON

    TARIKH PENGGAMBARAN : 18.12.2019
    TARIKH TAYANGAN : 08.01.2020
    SALURAN : DATV_CHANNEL
    LOG LINE : Sebuah drama yang menceritakan kisah tiga orang penuda (Amir Rajalawak, Epy Kodiang dan Pak Duan) yang meronda dan menjaga kampung mereka pada waktu malam. Mereka terkejut dengan kematian mengejut Mek Kool Power (Haryati Rusman). Pada malam yang sama, mereka diganggu oleh hantu kanak-kanak (Angelica Petra Battle) yang ingin membalas dendam.

  6. MOVIE: PERJALANAN PERTAMA

    TARIKH PENGGAMBARAN : 26.01.2020
    TARIKH TAYANGAN : 18.10.2022
    PENASIHAT : ARIEF MALINMUDO
    LOG LINE : Ia mengisahkan tentang Tan dan cucunya menghadapi pelbagai cabaran semasa perjalanan untuk menghantar sebuah lukisan yang ditempah sebagai mas kahwin.

  7. 26/01/2020

    MOVIE: DADDYKU GANGSTER

    TARIKH PENGGAMBARAN : 05.03.2020
    TARIKH TAYANGAN : 01.12.2022
    PENGARAH : ISMAIL BOB HASHIM
    LOG LINE : Ray adalah ketua yang gemar mencuri kereta yang diseludup ke Malaysia. Bersama gengnya, dia telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga dua orang anak saudara perempuannya, anak-anak kepada abangnya yang baru saja meninggal dunia akibat kemalamngan jalan raya.

  8. TELEMOVIE RTM : DIPANGKUANKU

    TARIKH PENGGAMBARAN : 11.11.2020
    TARIKH TAYANGAN : 9.07.2022
    SALURAN : TV1 (RTM)
    PENGARAH : BADE HJ AZMI
    LOG LINE : Mengisahkan tentang seorang anak yang impiannya ingin menjadi seorang bomba tetapi terhalang akibat satu insiden yang disebabkan oleh ayahnya.

  9. MOVIE: HARUM MALAM

    TARIKH PENGGAMBARAN : 20.11.2020
    TARIKH TAYANGAN : 09.02.2023
    PENGARAH : DAIN SAID
    LOG LINE : Iqbal terperangkap dalam konflik antara realiti dan fantasi selepas mewarisi kebolehan seperti ibunya yang telah meninggal dunia untuk melihat perkara ghaib. Iqbal juga menjadi perantara dan menyelesaikan kejadian misteri di sekelilingnya.

  10. MOVIE: KUTUKAN ILMU HITAM

    TARIKH PENGGAMBARAN : 22.03.2021
    TARIKH TAYANGAN : T.B.C
    PENASIHAT : AZAROMI GHOZALI
    LOG LINE : Ia mengisahkan tentang Rewan yang ingin melindungi anaknya, Yamin, daripada akibat penyalahgunaan sihir hitamnya yang pada asalnya digunakan untuk menghidupkan semula isterinya yang telah meninggal dunia. Selepas Rewan meninggal dunia, Yamin dan isterinya diganggu oleh sesuatu yang membalas dendam atas perbuatan Rewan semasa hidupnya.

  11. TELEMOVIE RTM : LURUH

    TARIKH PENGGAMBARAN : 26.12.2021
    TARIKH TAYANGAN : 11.10.2022
    SALURAN : TV2 (RTM)
    PENGARAH : HASHIM REJAB
    LOG LINE : Sofea berasa kecewa kerana ibu bapanya bercadang untuk berpisah. Mereka kembali ke kampung untuk menguruskan harta pusaka dan menjaga Sofea. Di kampung, Sofea bertemu dengan pakcik Malek dan isterinya. Pertemuan ini mengganggu Faizal, bapa Sofea. Terdapat sebuah rahsia yang disembunyikan oleh Faizal daripada isterinya dan Sofea. Rupa-rupanya, Sofea adalah anak kandung Malek dan Rabiah, yang pernah diserahkan oleh Malek kerana memerlukan wang untuk menyelamatkan isterinya pada suatu ketika dahulu.

  12. MALAM GALA PERJALANAN PERTAMA DI STARLING MALL

    Malam Gala untuk ‘Perjalanan Pertama’ arahan Arieff Malinmudo telah diadakan pada 11 Ogos 2022 di The Strling Mall, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, tayangan filem istimewa dan sidang media bersam wakil-wakil media selepas tayangan yang menandakan tayangan perdana rasmi pertama filem tersebut dan sambutan bersama tetamu jemputan serta wakil-wakil media.

  13. MALAM GALA DADDYKU GANGSTER DI SUNWAY VELOCITY

    Malam Gala untuk Daddyku Gangster, sebuah filem oleh Ismail Bob Hashim, telah diadakan pada 1 Disember 2022 di Sunway Velocity Mall, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama ahli media selepas tayangan.

  14. SPARK X DADDYKU GANGSTER

    Acara Spark, JB Menjerit berlangsung pada 26 November 2022 di Puteri Harbour. Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan persembahan istimewa oleh Bandi Amuk dan Angelica Petra ft. Mark Adam. Kemuncak acara ialah cabutan bertuah, di mana dua pemenang bertuah membawa pulang sebuah Yamaha LC V8 dan sebuah Yamaha RXZ Special Edition Daddyku Gangster.

  15. MALAM GALA HARUM MALAM DI STARLING MALL

    Malam Gala untuk Harum Malam, sebuah filem oleh Dain Said, telah diadakan pada 30 Januari 2023 di The Starling Mall, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama ahli media selepas tayangan.

  16. KUTUKAN 9 SETAN

    TARIKH PENGEDARAN 26.09.2023
    TARIKH TAYANGAN: 26.10.2023
    PENGARAH: Arie Azis
    LOG LINE: Semasa percutian mereka di Bromo, lima rakan menghadapi misteri yang menakutkan dan menyingkap rahsia sebuah vila lama yang membawa kepada konflik dan pendedahan mengenai rahsia gelap masa lalunya.

  17. MALAM GALA KUTUKAN SEMBILAN SETAN

    Malam Gala untuk Kutukan Sembilan Setan, sebuah filem oleh Arie Azis, telah diadakan pada 24 Oktober 2023 di Golden Screen Cinemas (GSC) The Starling Mall, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama ahli media selepas tayangan.

  18. MV DELUSI BY ERIZA

    PENYANYI: Eriza
    LAGU: Delusi
    KOMPOSER: Dato Ayu Omel
    LIRIK: Dato Ayu Omel
    PENERBIT MUZIK: Mingaling, Imgkay, Madebyartin, Budakbro
    PROGRAMMER: Mingaling / MassMusic
    PEMUZIK: Mingaling
    ADUNAN & PENYEMPURNAAN: Mingaling / MassMusic
    SINOPSIS : Lagu ini menceritakan kisah seseorang yang kecewa dan sangat terluka akibat pengkhianatan dalam sebuah hubungan. Penyanyi mempersoalkan takdirnya, berasa berulang kali diperlakukan dengan buruk dan diperdaya oleh seseorang yang pernah dipercayainya. Walaupun mereka cuba menafikan kebenaran dan melarikan diri daripada kesakitan, mereka akhirnya menyedari bahawa segala yang berlaku adalah nyata, bukan sekadar imaginasi. Perasaan kekosongan, konflik emosi, dan kesedaran yang menyakitkan tentang terperangkap dalam hubungan yang toksik membentuk teras naratif lagu ini.

  19. PUTRAJAYA OPEN DAY 2024 X KUTUKAN ILMU HITAM

    Jelajah Putrajaya Open Day 2024 x Kutukan Ilmu Hitam berlangsung pada 4 Februari 2024 sebagai sebahagian daripada kempen promosi bagi filem seram tersebut, menjelang tayangannya di pawagam pada 15 Februari 2024. Acara ini menampilkan aktiviti promosi, sesi bersama orang ramai, dan penampilan eksklusif untuk membangkitkan keterujaan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengunjung. Jelajah ini berjaya menimbulkan jangkaan dan mengukuhkan kehadiran filem tersebut sebelum tayangan perdana rasminya.

  20. MALAM GALA KUTUKAN ILMU HITAM DI STARLING MALL

    Malam Gala untuk Kutukan Ilmu Hitam, sebuah filem oleh Azaromi Ghozali, telah diadakan pada 7 Februari 2024 di The Starling Mall, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama ahli media selepas tayangan.

  21. DATV RAYA COMMERCIAL 2024

    LOG LINE: Bonus Raya mengisahkan tentang Ahmad, yang bergelut dengan masalah kewangan selepas syarikat tempat dia bekerja tidak mengeluarkan bonus Raya tahun ini. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah SWT, kerana Dia adalah pemberi rezeki yang maha agung. Berbuat baiklah kepada ibu bapa dan keluarga walau dalam apa jua keadaan, kerana keberkatan hidup akan datang dari situ.

  22. PERJALANAN PEMBUKTIAN CINTA

    TARIKH TAYANGAN : 20.06.2024
    PENGARAH : Muhammad Amrul Ummami
    LOG LINE : Fathia, terpaksa berkahwin dengan Satya, tetapi secara rahsia merindui Raehan, seorang lelaki biasa yang membawa cinta ke dalam hidupnya.

  23. MALAM GALA PERJALANAN PEMBUKTIAN CINTA DI STARLING MALL

    Malam Gala untuk Pembuktian Cinta, sebuah filem oleh Muhammad Amrul Ummami, telah diadakan pada 13 Jun 2024 di The Starling Mall, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama ahli media selepas tayangan.

    .

  24. IKLAN ELFBAR

    Acara ELFBAR “Power Up in a Snap” berlangsung pada 7 September 2024 di Royale Chulan Damansara. Acara ini mengumpulkan tetamu jemputan dan peminat untuk pengalaman jenama yang penuh tenaga, dipenuhi dengan aktiviti interaktif dan sesi yang menarik. Menonjolkan konsep “Animated Vibes Only, It Clicks!”, acara ini memperagakan inovasi dan produk terbaharu ELFBAR dalam suasana yang meriah dan menyeluruh, mencipta suasana yang mengujakan yang benar-benar mencerminkan identiti jenama yang dinamik.

  25. MAJLIS PELANCARAN RASMI ELFBAR

    Pelancaran Rasmi ELFBAR, acara “Power Up in a SNAP” berlangsung pada 7 September 2024, dan distrim secara langsung di Saluran YouTube DATV dari pukul 8:30 malam hingga 11:00 malam. Acara ini menandakan pengenalan rasmi ELFBAR, menampilkan visual yang meriah, segmen yang menarik, dan pembentangan yang memikat direka untuk mencipta suasana yang hidup dan bertenaga sepanjang pelancaran tersebut. Ia bertujuan untuk memperagakan produk inovatif ELFBAR sambil berhubung dengan penonton melalui kandungan interaktif dan hiburan yang dinamik.

  26. MAJLIS PELANCARAN RASMI COFFEE TABLE PDRM

    Pelancaran Rasmi Buku Meja Kopi PDRM telah diadakan pada 10 Disember 2024, pada pukul 11:00 pagi di Grand Ballroom, Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Acara ini menandakan pengenalan rasmi Buku Meja Kopi Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang menonjolkan sejarah, pengorbanan, dan pencapaian PDRM dalam menjaga keselamatan negara. Pelancaran ini adalah sebahagian daripada Program Siri Jelajah Galakan Masyarakat Membaca, yang bertujuan untuk mempromosikan budaya membaca sambil berkongsi perjalanan yang memberi inspirasi dan sumbangan PDRM kepada negara.

  27. DIAGNOSIS CINTA

    TARIKH PENGGAMBARAN: 9 April 2025
    TARIKH TAYANGAN: (akan diumumkan)
    PENGARAH: Safuan Rashid
    LOG LINE:Tiga pelajar perubatan menghadapi dilema cinta, konflik peribadi, dan rahsia gelap semasa berusaha menyelamatkan nyawa pesakit kanser, menguji makna sebenar pengorbanan dan belas kasihan.

  28. D’AYU PICTURES GATHERING EVENT

    Majlis Perhimpunan D’Ayu Pictures adalah acara yang dianjurkan untuk memperkenalkan D’Ayu Pictures kepada ahli media, wartawan, dan wakil pawagam. Acara ini juga bertujuan untuk mempamerkan filem-filem yang telah diedarkan oleh D’Ayu Pictures, sambil mengukuhkan hubungan dan memperkenalkan identiti syarikat kepada rakan industri.

  29. MALAM GALA LAKNAT DI GSC MIDVALLEY MEGAMALL

    Malam Gala untuk Laknat, sebuah filem oleh Teong Hin Saw, telah diadakan pada 26 Mei 2025 di GSC Mid Valley Megamall. Acara ini menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  30. MALAM GALA MENCARI PRAMLEE

    Malam Gala untuk Mencari Pramlee, sebuah filem oleh Megat Sharizal, telah diadakan pada 29 Mei 2025 di GSC Mid Valley Megamall. Acara ini menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  31. LAKNAT

    TARIKH PENGEDARAN: 5.05.2025
    TARIKH TAYANGAN: 5.06.2025
    PENGARAH: Teong Hin Saw
    LOG LINE: Rasa bersalah dan kesedihan akibat kehilangan adik perempuannya akibat pembunuhan mendorong seorang lelaki ke dalam ilmu hitam untuk membalas dendam.

  32. MALAM GALA NKEAJAIBAN AIR MATA WANITA

    Malam Gala untuk Keajaiban Air Mata Wanita, sebuah filem oleh Indra Gunawan, telah diadakan pada 11 Jun 2025 di TGV KLCC. Acara ini menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  33. MENCARI RAMLEE

    TARIKH PENGEDARAN: 18.05.2025
    TARIKH TAYANGAN: 19.06.2025
    PENGARAH: Megat Sharizal
    LOG LINE: Untuk melangsaikan hutang, seorang pelakon kecil berpura-pura menjadi pelakon layar perak P.Ramlee

  34. KEAJAIBAN AIR MATA WANITA

    TARIKH PENGEDARAN: 19.05.2025
    TARIKH TAYANGAN: 19.06.2025
    PENERBIT: Indra Gunawan
    LOGLINE: Kiki, seorang wanita yang berjaya, bergelut selepas kematian suaminya secara tiba-tiba menyebabkannya menghadapi kesusahan kewangan dan konflik keluarga. Dengan bantuan rakannya, Rahma, dan ajaran Magnet Rezeki, dia membina semula imannya dan mengubah hidupnya.

  35. MALAM GALA MUNAJJIM

    Malam Gala untuk Keajaiban Munajjim, sebuah filem oleh Faizul A. Rashid, telah diadakan pada 28 Julai 2025 di TGV Suria KLCC. Acara ini menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  36. MUNAJJIM

    TARIKH PENGEDARAN: 31.06.2025
    TARIKH TAYANGAN: 31.07.2025
    PENGARAH: Faizul A. Rashid
    LOG LINE: Seorang ibu dan anak lelakinya, yang sangat mempercayai bomoh, membawa diri mereka dan keluarga mereka ke ambang malapetaka apabila anak lelakinya menggunakan sihir hitam untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya, yang menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan perkahwinan mereka. Namun, tindakan agresifnya itu membawa padah dan mengancam nyawa keluarga mereka.

  37. MALAM GALA INSHAA ALLAH BERKAH

    Malam Gala untuk Inshaa Allah Berkah, sebuah filem oleh Furqy, telah diadakan pada 5 Ogos 2025 di TGV KLCC. Acara ini menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  38. INSHAA ALLAH BERKAH

    TARIKH PENGEDARAN: 6.07.2026
    TARIKH TAYANGAN: 7.08.2025
    PENGARAH: Furqy
    LOG LINE: Kasniza, seorang gadis berusia 9 tahun, mengagumi Romlah, seorang tukang cuci warga emas. Apabila mengetahui impian Romlah untuk menunaikan Umrah, Kasniza berjanji bersama cucu Romlah, Dudung, untuk menjadikannya kenyataan. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam mengumpul dana, nasihat ibunya mengajarnya bahawa doa yang ikhlas kepada Allah, selain daripada wang, adalah penting untuk menunaikan impian.

  39. TAYANGAN ISTIMEWA INSHAA ALLAH BERKAH

    Tayangan istimewa Inshaa Allah Berkah, diadakan pada 28 Ogos 2025 di TGV Suria KLCC dengan kerjasama VisitRIP, menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  40. MAJLIS PELANCARAN OST PENGHUKUM

    Acara pelancaran OST bagi filem Penghukum, yang menampilkan lagu Tanda Kasih oleh Halim ft Kmy Kmo, telah diadakan untuk memperkenalkan secara rasmi lagu tersebut untuk filem Penghukum yang diedarkan oleh D’Ayu Pictures.

  41. GALA NIGHT OF PENGHUKUM

    Malam Gala untuk Penghukum, sebuah filem oleh Azlan Norani, telah diadakan pada 13 November 2025 di TGV Cinema Pavilion Bukit Jalil. Acara ini menampilkan sesi bertemu peminat bersama para pelakon, diikuti oleh tayangan filem istimewa, dan diakhiri dengan sidang media bersama wakil media selepas tayangan.

  42. PENGHUKUM

    TARIKH PENGGAMBARAN: 20.10.2025
    TARIKH TAYANGAN: 20.11.2025
    PENGARAH: Azlan Norani
    LOG LINE: Seorang datuk memulakan misi untuk menyelamatkan cucunya yang diculik. Tanpa disedari oleh penculik, lelaki tua yang nampak biasa ini sebenarnya menyimpan masa lalu yang kelam dan memiliki kemahiran luar biasa sebagai pembunuh upahan.

  43. DRAMA NUR UNTUK ARIF

    TARIKH PENGGAMBARAN: 18 December 2025
    TARIKH TAYANGAN: 19 January 2026
    PENGARAH: Safuan Rashid
    LOG LINE: Dihantui masa lalunya, Ariff menemui harapan yang tidak disangka-sangka dalam diri Nur, seorang wanita yang pendiam tetapi tabah, sehingga kebenaran yang terpendam memaksanya memilih antara rasa bersalah atau berjuang untuk mendapatkan peluang kedua dalam cinta.

  44. AKAN DATANG

    Nantikan filem-filem terbaharu dan telefilem yang akan datang daripada D’Ayu Pictures Sdn Bhd.

NEXT

PREVIOUS

Get to know us

D' Ayu Team

DATO’ ROSMARAYU MOKHTAR

PENGARAH URUSAN / PENERBIT

DATO’ ROSMARAYU MOKHTAR

MANAGING DIRECTOR / PRODUCER

AZAROMI GHOZALI

CHIEF EXECUTIVE OFFICER

ZAHRIN ISHAK

CHIEF OPERATION OFFICER

ERIZA ALLYA

PENGARAH URUSAN

AZAROMI GHOZALI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

KHAIRI RUSLI

KETUA PASCAPRODUKSI

DANIAL DJOHAN

EKSEKUTIF PEMBANGUNAN KANDUNGAN KREATIF

NUR QAMARINA

PENYELARAS PRODUKSI

AINNA NASUHA

PENYELARAS PENGEDARAN

NURJEHA AQILAH

PENYELARAS PENTADBIRAN

FAIDZROL FAUZI

PENYELARAS PEMASARAN

AMJAD SYAKIRIN

PEREKA GRAFIK

NUR AWALI

PELATIH PRAKTIKAL