Perjalanan Pertama Papar Kisah ‘Road Trip’ Datuk Dan Cucu, Tampilkan Gandingan Pelakon Hebat Dua Negara
Filem yang bertemakan kekeluargaan agak jarang diterbitkan, meskipun naskhah bergenre sedemikian mampu menarik minat penonton jika dihasilkan dengan sebuah jalan cerita yang menarik. Istimewanya, ia merupakan langkah pertama buat syarikat produksi D’Ayu Pictures untuk menerbitkan sebuah filem kekeluargaan berjudul Perjalanan Pertama.